★ ℓɛ ρяιиcɛƨ' ғαиғιc ★
Official Blog FF List Credits


Will Our Love Last Forever ? - Sweet Moment ? Molla ._. [5]
0 snob(s) ● Saturday 9 June 2012 ● 02:48


Ah Ri's POV


Setelah kami selesai menyiapkan tugasan kami , iaitu sebagai 'kekasih' , tiba-tiba perut aku berbunyi.

"Kriuk , kriuk." Alamak ! Minta-minta samseng ni tak dengar.

"Do you hear something ?" Myung Soo bertanya.

"Ah ? Bunyi apa ? Tak dengar pun." aku pura-pura tidak tahu.

"Kau lapar eh ? HAHAH . Kantoi !" adess mamat ni. Gelakkan aku pula. Tiba-tiba...

"Kriuk , kriuk." aik ? Dari mana bunyi tuh ? Bukan daripada aku.

"Hah ! Kau pun lapar ! AHHA. Booo. Tak nak mengaku." kini , aku pula yang gelakkannya. Serve you right.

"Err... Shhh. Kau cerita kat kawan kau , siap lah." mukanya merona kemerahan. Dia menggarukan belakang tengkuknya. Alahai , comelnya. Wait. Comel ? Isk !

"Haha. Fine. Tak nak order ke ?" aku berhenti ketawa.

"Okay." dia memanggil waiter dan kami terus order makanan yang kami inginkan. Sedang aku menunggu makanan sampai , aku terlihat 16 orang yang amat aku kenali.

"Weh , cuba kau tengok tu." Myung Soo berpaling ke arah yang aku tunjukkan.

"Huh , aku dah agak dah." Myung Soo mengeluh.

"Apa yang kau dah agak ?" aku terpinga-pinga

"Ish , lembablah kau ni ! Aku dah agak yang mereka semua tu akan ekori kita." cis , sempat lagi kata aku lembab.

"Oh... Wait... Kalau mereka ekori kita... Means..."

"Means apa ?" Myung Soo bertanya.

"Na Eun dan member Apink pun mesti ada." aku mengeluh kecil.

"Ha'ah. Memang pun. Aku dah perasan dari tadi. Lembab betul lah otak kau ni." Myung Soo hanya membuat muka selamba.

"Hish. Yelah. Kau je lah yang cekap. Aku tau la aku ni lembab. Aku sedar diri. Huh !" aku memuncungkan mulutku tanda merajuk dengan Myung Soo. Sebal tau ngak ( A:N/ ; lol , terkeluar loghat indon XD )

"Alolo. Kau nak tau tak , muncung kau tu kan , boleh jadikan penyangkut baju tau tak." Myung Soo membalas. Amboi . Ini dah lebih ni ! Sampai hati dia samakan aku dengan penyangkut baju. Aku jauh lagi comel tau tak. Huh !

"Oh , yeke ? Kalau macam tu , sangkutlah sekarang !" aku membalas dengan nada yang tinggi.

"Eh.. Err. Sorry. Janganlah mengamuk. Tak comel tau. Nanti apa pula kata orang." Myung Soo menggarukan belakang tengkuknya sekali lagi. Riak wajahnya jelas menunjukkan rasa bersalah. Aku ketawa kecil melihat reaksinya.

"Haha. Aku gurau je lah. Dah , teruskan makan." aku melemparkan satu senyuman kepada Myung Soo.

"Eleh . Tak takut pun." dia menjelirkan lidah. Alahaii. Kenapa mamat ni comel sangat ? Isk !

Myung Soo's POV.


Gelagat perempuan di hadapanku ini sangat menghiburkan. Tiba-tiba , akal fikiranku terfikirkan satu idea. Heheh. Jaga lah kau minah sewel.

Min Hyo's POV


"Korang rasa , mereka berdua perasan tak yang kita sedang intip diaorang ?" aku bertanya kepada mereka semua.

"Hmm. Perasan." Sungyeol menjawab.

"Eh ? Biar betul ?" Fei Ra pula bertanya.

"Yup . Myung Soo tu , korang tengok je mata dia sepet macam tu. Tapi , penglihatan dia..Fuhh ! Terbaik ! Dia cepat mengesan apa yang ada di sekeliling dia. Tu baru bab kesan mengesan. Kalau dia bagi death stare/glare , boleh pengsan tau tak." panjang lebar Sungyeol menerangkan kepada kami. ( A:N/ ; keh. tak panjang pon. haha )

"Pengsan ? Wow !" Eun Jo yang diam dari tadi bersuara.

"Tak percaya ? Korang semua tengoklah nanti." Sungjong mencelah. Hah ! Sungjong aku dah cakap macam tu maknanya betullah tu  OMG. Aku tak boleh bayangkan Ah Ri pengsan tengok death stare/glare Myung Soo. Aku ketawa kecil membayang perkara itu.

"Hah , Min Hyo. Kau kenapa ketawa sorang-sorang ? Woi ! Sungjong ada kat depan mata pun still nak berangan ke ?" Jung Roo mengetuk kepalaku.

"Aduh ! Sampai hati kau. Bukan lah. Aku tengah membayangkan kalau Ah Ri pengsan tengok death stare/glare Myung Soo." semua orang menghamburkan ketawa apabila mendengar kata-kataku.

"Hahha. Sampai ke situ pula kau berangan eh, Tapi , aku rasa Ah Ri tidak akan pengsan lah. Dia kan....." belum sempat Jung Roo meneruskan kata-katanya , aku menekup mulutnya.

"Woi , kau jangan nak buat terlepas cakap kat sini. Kan kita dah janji tak nak ungkit pasal benda tu." aku berbisik ke telinga Jung Roo.

"Opps. Sorry. Nasib baik kau sempat tahan. Kalau tak , naya." dia menjawab dalam nada yang amat perlahan.

"Dia kan apa , Jung Roo ? Woohyun bertanya.

"Hah ? Oh. Dia kan kebal. Hahha." Jung Roo menjawab dalam keadaan sedikit tergagap-gagap. Mujurlah Woohyun tidak lagi bertanya. Walau apa pun yang terjadi , rahsia tetap rahsia.

Myung Soo's POV


Setelah selesai makan , aku meminta izin untuk ke tandas. Aku ingin melaksanakan rancangan itu sekarang juga.

Ah Ri's POV


Myung Soo meminta izin untuk pergi ke tandas. Aku hanya mengangguk.

5 minit....

20 minit....

30 minit...

30 minit telah berlalu , namun aku masih belum nampak kelibat Myung Soo. Alamak. Mana pula lelaki ni pergi. Tiba-tiba seorang kanak-kanak kecil yang comel datang ke arah ku. Eh ?

"Unnie , ada abang suruh bagi unnie benda ni." budak itu menghulurkan sejambak bunga tulip kepadaku. Siapa yang bagi ? Macam mana dia tahu bunga kegemaran aku ? Tanpa berlengah , aku terus mengambil jambangan bunga itu. Di atas jambangan bunga itu terdapat satu kertas. Aku membaca tulisan dalam kertas itu.
Kurang asam ! Celaka punya samseng ! Huh ! Nak tak nak , aku terpaksa membayarnya juga. Nasib baik aku bawa duit. Kalau tak , basuh pinggan lah aku gamaknya. Huh !

  Aku terus berjalan ke arah kaunter pembayaran. Aku menyebut nombor meja.

"Cik , nombor meja yan cik sebut tadi , bilnya sudah dibayar." seorang perempuan yang tertera nama 'Shin Hye' pada nametagnya memberitahuku sambil tersenyum manis. Hah?! Sudah dibayar ?!

"Apa ? Sudah dibayar , eh ? Oh. Okay." aku terus berlalu meninggalkan cafe itu. Naik angin betul aku dengan Myung Soo ni ! Ish !

"pin pin" setelah mendengar bunyi hon kereta , aku terus berpaling." OMG. Apa yang....
Wahhh. Siap jugak. Alhamdulillah. Do read and comment :) Ignore semua typo yang ada. Aku tergesa-gesa. Peace (Y)




╯Past╰



Hello!


Hello, peeps. Welcome to my blog.
The owner hates Anon. Get that? :D

Do leave a tag, thankyou (: No rippers, spammers and copycats.