Tiffany's POV
"SPLASHHHH!" Begitulah bunyi apabila Seo Hyun menjirus badan Eisya dengan sebaldi air. Aku melihat Eisya pengsan dan dia terkulai lemah di pangkuan kawannya. Nana kalau tak silap. Aku terkedu melihat Eisya sebegitu. The Glamorous Girls yang lain ni memang dah melampau! Aku geram dengan diaorang! "Suzy , kau tengok tuu . Eisya pengsanlah." suara Ji Ae memecah kesunyian. "Hahha. Padan muka dia! Asal korang tau , ini baru fasa 1 ! Banyak lagi seksaan yang dia akan terima!" Suzy berkata sambil ketawa. Yang lain pun turut ketawa. Aku hanya mendiamkan diri . Sampai begitu sekali dieorang seksa Eisya ? Kesalahan yang Eisya buat tu , besar sangatkah ? Aku bertekad untuk menjenguk Eisya nanti. "Jom masuk kelas." Seo Hyun mengajak. "Ermm , Suzy. Aku nak ke tandas kejap. Rasa nak terkucil lah. " . "Cepat sikit. Kitaorang tunggu dalam kelas."
Aku segera berlari ke arah tandas . Aku melihat sekeliling untuk memastikan mereka semua dah naik ke kelas. Yeah , selamat.
Eisya's POV
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku melihat Nana sedang tidur dan Jinyoung sedang bercakap dengan seseorang. Pn IU mungkin. "Nana , Nana." aku menggoncangkan badan Nana dan memanggilnya. Nana terpisat-pisat. Dia bangun dan segera memelukku dengan erat. "Eisyaaaaa! Akhirnya kau dah bangun! Jinyoung! Adik kau dah sedar!" Nana menjerit memanggil Jinyoung. Aku dah sedar ? Sedar daripada apa ? Aku melihat sekeliling. Rasanya macam aku berada dalam bilik sakit. Jinyoung menerpa ke arah aku. Dia pun memelukku. "Abang , Nana . Kenapa dengan Eisya ?" Aku bertanya dalam nada yang lemah. "Nanti Eisya dah sihat sepenuhnya , abang bagitahu eh ?" Jinyoung menjawab. Aku hanya mengangguk.
Tiba-tiba , kelibat seorang perempuan yang kami kurang kenali masuk ke dalam bilik sakit. Dia bercakap dengan Pn. IU dan Pn. IU memberikan dia masuk. Semasa dia masuk , aku terkejut. Tiffany ?! Kenapa dia datang ?! Aku melihat Nana seakan-akan geram. Aku memegang tangan Nana menyuruhnya bertenang. "Urmm , hai korang." Tiffany menyapa dan dia tersenyum manis ke arah ku. Adakah Tiffany tidak sejahat yang kami sangka ? "Hai. Kenapa awak datang ? Mana The Glamorous Girls yang lain ?" aku bertanya. Dia diam dan kemudian menjawab
"Mereka ada di kelas. Saya hanya datang seorang diri. Saya nak minta maaf terhadap awak Eisya." dia tunduk. Kasihan pula aku melihat dia. "Bukan awak yang buat , tapi Seo Hyun kan ? Betul tak Jinyoung ? Buat apa awak nak meminta maaf." Jinyoung menyampuk. "Betul tu. Bukan awak yang menjirus air sebaldi itu kepada Eisya , tapi Seo Hyun." Jinyoung tersenyum. "Saya sebenarnya menyesal berkawan dengan Suzy. Dia tu mempunyai sifat pendendam." Tiffany berkata "Tak baik mengatakan keburukan kawan kita kepada orang lain , Tiffany. Tak apa , saya maafkan awak." aku menjawab dengan lembut. Tifaany mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk ke kelas.
Seketika kemudian , omma dan appa datang. Mereka meminta kebenaran untuk membawa balik kami bertiga. Pn IU memberikan kebenaran. Semasa omma dan appa sedang bercakap dengan Pn. IU . Aku menarik telinga Jinyoung dekat kepada mulutku. Aku berkata "Awak jangan cakap apa-apa dekat omma dan appa , okey ? Eisya tak nak mereka risau." Jinyoung mengangguk.
-----------------
Keesokan harinya , aku bangun untuk ke sekolah. Badanku masih terasa lemah tapi aku gagahkan diri untuk ke sekolah. "Omma! Jom pergi!" aku memanggil omma. Dia menyahut "Eisya berehatlah hari ini. Omma tengok Eisya masih lemah lagi." omma tersenyum memandangku. "Eisya dah sihat lah omma. Bolehlaa." "Yela2."
Sampai sahaja di sekolah , semua orang menanyakan kesihatanku. Aku hanya kata aku tidak apa-apa. Pn. Kim masuk dan ketua kelas kami memberi salam. Pn. Kim memulakan bicara "Saya ada kejutan untuk kamu semua." kami memandang satu sama lain. Kami semua tertanya-tanya , apakah kejutan itu ? "Begini , kelas kita akan menerima beberapa pelajar baru. Mereka terdiri daripada Chunji , L.joe dan juga Niel. Mereka semua dari kumpulan Teen Top. Pelajar perempuan juga akan ada. Mereka ialah Jia ( Miss A ) , Krystal ( fx ) dan Tia ( chocolate ) . Mereka berenam akan belajar di dalam kelas kita selama 5 bulan. Saya harap awak semua dapat berkawan dengan mereka semua. "Yayyyy!" semua orang bersorak. Kami bertiga sangat gembira. Dapat juga mengenali artis-artis! Heee~
╯Past╰ ✿ Future?