Ah Ri's POV
Kejadian di bilik fotografi semalam memang memeningkan kepala aku. Mana satu yang betul ? Dia ni girlfriend ke ex-girlfriend Myung Soo ? Tapi.. Berdasarkan apa yang dia cakap , nampak macam Na Eun ni ex-girlfriend Myung Soo.
"Tapi.... Tapi... Ah ! Aku tak kira ! Kau tetap milik aku ! Kalau aku tak dapat memiliki kau , tiada siapa boleh. Terutama perempuan murahan ni !" aku cuba mengingati apa yang Na Eun cakap semalam. Hah ! Betullah ! Nampak sangat dia tu ex-girlfriend Myung Soo. Kenapa dia tak nak lepaskan Myung Soo ? Apa yang special sangat tentang lelaki tu ? Dah la perangai macam samseng..
Tapi....
Dia angkat aku pergi sickbay masa aku pengsan. Menurut Jung Roo , dia tak pernah buat macam tu kat mana-mana junior sebelum ni. Jung Roo kata maybe dia sukakan aku. Pfft. Samseng tu ? Sukakan aku ? AHHAH. Ah ! Aku belum ucapkan terima kasih lagi pada dia . Nanti-nantilah. Hmm.
Na Eun's POV
Kejadian semalam memang buat aku bengang tahap maksima ! Kenapa Myung Soo bela perempuan murahan tu ?! Dia sukakan perempuan tu ke ? Ini tak boleh jadi ! Aku kena buat sesuatu.
"Na Eun , aku tak percaya lah yang Myung Soo bela Ah Ri." Cho Rong bersuara.
"Kau ingat kau je ke tak percaya ? Aku lagilah ! Myung Soo boyfriend aku ! Kenapa dia mesti bela perempuan murahan tu ?" aku melemparkan kemarahanku kepada Cho Rong.
"Sabar la. Jangan mengamuk macam tu. Tak cantik ah." Cho Rong memujuk aku.
"Korang kena tolong aku."
"Tolong apa Na Eun ?" serentak dieorang bertanya. Aku hanya tersenyum sinis.
"Nanti aku bagitau." mereka semua terpinga-pinga.
Myung Soo's POV
Kenapa dengan aku ? Apa yang telah terjadi ? Kenapa aku bela Ah Ri ? Ahh . Fikiranku kusut. Selama ini , aku memang tak pernah layan mana-mana junior. Mungkin sebab semua junior takut kepada aku. Ah Ri...
Dia..
Dia lain. Dia panggil aku samseng , dia cari pasal dengan aku , dia buat hati aku rasa macam.. Entahlah. Aku suka pada dia ke ? Jatuh cinta pada pandangan pertama ? Hesh.
"Weh , first time aku tengok kau bela junior. Kau suka dia eh ?" Sungyeol tiba-tiba datang menyibuk.
"Aku pun tak tau lah Sungyeol. Aku rasa Ah Ri ni lain daripada yang lain." aku menjawab dengan tenang.
"Hem. Kau dah suka dia la tu." Sungyeol membuat andaian.
"Mungkin." aku hanya menjawab sepatah.
-----------------
Aku berbaring di atas katil. Hem. Esok ada kelas fotografi. Maknanya , esok aku akan jumpa Ah Ri. Semalam Puan Baek Jae Ah kata dia ada aturkan satu program untuk kelas 4E dan 5E. Minta-minta bukan yang aneh-aneh. Tanpa disedari , aku terlelap.
Ah Ri's POV
OMG. Esok ada kelas fotografi ! Ah ! Aku akan jumpa mamat tu lagi ! Aku kena control diri aku esok. Aku nak ucapkan terima kasih sebab tolong angkat aku yang berat gila ni ke sick bay.
Keesokan harinya
Aku bangun dan terus mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Setelah selesai memakai uniform , aku turun ke bawah untuk menikmati sarapan.
----------
"Ah Ri , kejap lagi kelas fotografi weyh." Min Hyo yang berada di sebelahku bersuara.
"Ya , so ?"
"Kau.. Huh. Nanti kau akan jumpa ngan mamat handsome nak mampus tu." Min Hyo dah start buat suara gedik dia. Minah ni kan.
"Woii. Jangan gedik boleh tak ? Aku nak control emosi aku hari ni. Aku nak ucapkan terima kasih kat dia sebab tolong aku hari tu. Bukan macam korang , pandai tengok dan nangis je. Bukan nak angkat aku pergi sickbay." aku membebel.
"Ye lah. Macam la kau tak tau yang kau tu berat macam gajah. Aku tengok muka Myung Soo pucat masa tengok kau. Risaukan kau agaknya." Min Hyo mengusik.
"Pandailah kau. Eh , jom pergi kelas neraka tu." aku mengajak Min Hyo dan yang lain ke kelas 5E.
Di kelas 5E
Seperti biasa , aku mengambil tempat berhadapan dengan Myung Soo. Ye lah. Dia kan 'mentor' aku. Puii.
"Okay guys , korang cakap-cakap dulu dengan mentor korang , cikgu nak call someone jap." Puan Baek Jae Ah bersuara.
"Weh , terima kasih." aku memulakan bicara.
"Ah ? Sama-sama." jelas terpancar riak Myung Soo terpinga-pinga. Mungkin tadi dia sedang mengelamun.
"Okay. Cikgu ada satu pengumuman untuk korang semua." setelah melihat kami semua diam , Puan Baek Jae Ah meneruskan ayatnya. "Hujung minggu ni , cikgu nak mentor dan mentee ( betul ke mentee ? -.- ) pergi ke suatu tempat yang romantic. Kira macam tempat orang yang selalu pergi date la. Cikgu nak korang amik scene macam korang ni pasangan kekasih. Boleh ?" aku terkejut setelah Puan Baek Jae Ah menghabiskan kata-katanya. Myung Soo pun kelihatan terkejut. Mereka yang lain semuanya bersetuju. What ?! A date ?! Puan Baek Jae Ah ! You can't be serious ! Oh no !
"Okay then. Semuanya sudah bersetuju. Ingat ya. Hujung minggu ni." Puan Baek Jae Ah kelihatan senang. Aku dan Myung Soo makin melopong.
"Ah Ri , Myung Soo ? Kenapa melopong macam tu ? Korang ni serasi lah." Puan Baek Jae Ah menegur kami. Apa ? Serasi ? Hah ? Aku dan Myung Soo berpandangan sesama sendiri. Aku melihat kawan-kawan aku yang lain tersenyum simpul. Ish ! Dieorang memang nak kena !
"Macam mana ni ?" aku bertanya kepada Myung Soo.
"Buat je lah. Lagipun , pura-pura je kan ?" tenang dia menjawab.
"Ye lah. Nak pergi kat mana ?" aku bertanya lagi.
"Nanti aku bagitau. Bagi aku alamat rumah kau , nanti aku pergi ambil kau." aku terus menulis alamat rumahku di atas kertas yang diberi oleh Myung Soo.
Author POV.
Kelihatan 8 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki sedang membuat satu perbincangan.
"Saya ada satu cadangan yang nak dikongsikan kepada kamu semua." salah seorang pelajar lelaki bersuara .
"Apa dia ?" yang lain bertanya dengan serentak.
"Nanti hujung minggu ni kan , kita ikut dua orang merpati tu nak ?" pelajar lelaki tadi menyuarakan cadangannya.
"Cadangan yang hebat !" yang lain bersetuju.
Di suatu sudut , kelihatan juga 7 orang diva sedang berkumpul.
"Kita ikut dua orang tu hujung minggu nanti." salah seorang daripada mereka bersuara.
"Okay." yang lain bersetuju.
Nampaknya ada dua persetujuan yang dibuat. Apa yang mereka rancangkan ?
Myung Soo's POV
Hujung minggu telah pun tiba. Aku mengenakan
tuxedo . Itulah satu-satunya tuxedo yang agak menarik yang berada di dalam almariku. Aku terus memandu ke rumah Ah Ri. Rumahnya sangatlah besar. Orang kaya , biasalah. Aku menekan loceng yang berada di pintu masuk. Seorang mak cik yang mungkin berusia dalam lingkungan 60-an membuka pintu.
"Ya ? Cari siapa ?" mesra mak cik itu bertanya.
"Oh. Saya cari Ah Ri." aku menjawab.
"Kejap mak cik panggilkan Ah Ri. Tunggu ya." aku hanya mengangguk. Seketika kemudian , seorang perempuan turun dari tangga dengan memakai
dress berwarna merah jambu. Ah Ri ? Dia ke tu ? Aku terkesima.
"Weh , janganlah tenung aku macam tu. Eh , kau pakai tuxedo ? Alamak. Sama lah pula baju kita. Jap aku naik atas nak tukar baju." aku segera memegang tangan Ah Ri.
"Err. Sorry." aku segera meminta maaf.
"Umm. It's okay."
"Tak payah lah tukar baju. Dah cantik dah. Jom."
Ah Ri's POV
"Tak payah lah tukar baju. Dah cantik dah. Jom." pipiku terasa hangat selepas Myung Soo mengucapkan ayatnya. Ah Ri ! Kenapa malu ni ! Aishh. Tanda disangka juga , baju yang kami pakai sama. Jodoh ? HAHA. Macam-macam lah.
Aku terus masuk ke dalam kereta Myung Soo. Kami segera meninggalkan perkarangan rumah. Kami sampai di sebuah cafe. Aku terkesima melihat kecantikan
cafe itu. Memang satu cafe yang sangat romantic !
"Pandai kau pilih cafe." aku memuji Myung Soo.
"Tengok mukalah."
"Eleh ! Tak ingin aku tengok muka kau." aku mencebik. Perasan lah pulak mamat nih.
"Gurau pun tak boleh. Dah , jom." Myung Soo tersengih. Ish. Comelnyaa.
"Jom ? Jom apa ?" aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Couple. AHAHHA." dengan selambanya dia ketawa.
"Hah ?"
"Posing la weh. Jadi 'kekasih' yang palsu."
"Ye lah." aku hanya akur.
Na Eun's POV.
Cafe tempat Myung Soo membawa Ah Ri memang teramatlah romantik. Aku melihat mereka membuat posing. Membara-bara hati aku !
"Omoooo ~~~~ Sweetnya dieorang." Bo Mi bersuara.
"Ha'ah la Bo Mi. Sweet gila !" yang lain kelihatan bersetuju dengan Bo Mi. Huh ? Kenapa dengan dieorang ? Isk.
Min Hyo's POV
"Aaaaa. Tengok cara dieorang pose ! Macam pasangan kekasih betul lah !" aku memuji Ah Ri dan Myung Soo di depan yang lain.
"Kita pun boleh buat macam tu juga kan ?" Sungjong menegur. Pipiku merona kemerahan. Kami semua terus memerhatikan gelagat Ah Ri dan Myung Soo. Seriously they're so sweet ! Tiba-tiba mataku tertangkap satu susuk tubuh yang amat dikenali.
"Weh , korang. Cuba tengok kat sudut kat sana tu. Bukankah tu kumpulan Apink ?" Aku bertanya kepada mereka semua.
"Ha'ah lah. Tu member Apink. Apa yang mereka buat kat sini ?" Sungyeol mengiakan. Kenapa Na Eun selalu mengganggu Ah Ri dengan Myung Soo ? Kan dieorang dah break up. Minah ni.. Ish. Aku hanya dapat menggelengkan kepala. Aku harap dia takkan buat sesuatu yang membahayakan kawan baikku itu.
OMG. Penatnya aku tulis. Sorry kalau typo. Mengantuk -.- Do read and comment ^^
╯Past╰ ✿ Future?