Eisya's POV
Keesokan harinya , aku dan Chunji keluar dari hospital . Walaupun badanku masih lagi terasa sakit-sakit , tapi doktor sudah membenarkan aku pulang . Ahh . Rindunya pada tilam dan bantalku yang empuk tuu . Tidur di atas katil hospital buat tulang belakangku sakit . Tilam keras cam ntah pape je. Ish . Tengok . Dah melalut dah . Sedar xsedar , kereta yang dipandu oleh Uncle Young , driverku telah masuk ke perkarangan rumah. Rindunyaa pada rumah . Tsk . "Eisya , jom turun ." Jinyoung yang berada di sebelahku berkata. Aku hanya mengangguk . Jinyoung membuka pintu dan memapah aku masuk . "Abang , Eisya boleh jalan lah." aku berkata kepada Jinyoung . "Alah . Sekali sekala kan . Mana lah tau , tak sampai 5 langkah Eisya jalan , dah tumbang. Eisya masih lemah lagi." ish . Panjang pulak dia membebel . Apa lagi yang aku boleh buat selain mengangguk ? Kalau aku membantah , lagi panjanglah bebelan dia .
-------------------
Aku bangun pada keesokan harinya . Aku mandi dan memakai baju sekolah . Setelah semuanya siap , aku turun ke ruang tamu untuk menyertai keluargaku bersarapan . "Aik , Eisya dah nak pergi sekolah ke ?" tanya omma. Aku hanya mengangguk dan mengambil tempat di sebelah Jinyoung . "Eisya larat ke ?" giliran Jinyoung pula bertanya . Aku mengangguk . Masih lemah untuk berbicara . "Ish . Orang tanya angguk . Orang tanya angguk . Jadi macam burung belatuk baru tau." Jinyoung mengomel sendirian . Aku hanya tersenyum . Malas melayan karenah abang kembar yang sememangnya banyak karenah ni . Tiba-tiba aku mendapat satu idea untuk menyakat dia. "Abang , abang suka Krystal kan?" aku berbisik . Aku dapat merasakan pipinya merona kemerahan. Tsk . Malu leteww. "Eh , mana adalah ." dia kembali berbisik.
"Ecehh . Kalau bukan , kenapa pipi abang merah ?" dia terus memegang pipinya . "Hish . Jangan sibuk la." dia membalas dengan nada marah . Omma dan appa hanya menggeleng melihat karenah kami berdua . "Omma , appa kiteorang pergi dulu . Annyeong." aku dan Jinyoung bergilir mencium omma dan appa.
Setelah tiba di sekolah , aku memasuki kelas dan tiba-tiba Nana meluru ke arah ku . "Eisyaaa !!" dia memelukku sekuat hati . "Weh , kalau ya pun rindu aku jangan la peluk macam ni . Rimas tau tak . Nanti ada orang cemburu ." aku melihat ke arah Chunji dan LJoe yang berada di belakang Nana . "Err .. Sorry. Aku rindu kau lah." Nana menggaru kepalanya yang tidak gatal . "Kau datang melawat aku semalam , rindu lagi ke ?" aku ketawa kecil . Nana . Nana . Perangai tak berubah. Tiba-tiba kami terdengar satu pengumuman . Kelas yang bising macam pasar tadi menjadi senyap sunyi . Kami tekun mendengar pengumuman oleh pengetua itu . "Perhatian kepada semua pelajar Tahun 1 (Form 4) dan Tahun 2 (Form 5) , malam esok kami akan mengadakan prom night . Kamu semua boleh memilih pasangan masing-masing . Bagi perempuan , perlu memakai dress dan lelaki memakai tuxedo. Warnanya bebas . Sekian , terima kasih."
Selepas mendengar pengumuman itu , kami semua bersorak riang . Prom Night memang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar . "Eisya , kita pasangan ok ?" Chunji datang ke arahku . Aku hanya mengangguk. "Nana , kita ok ?" LJoe pula mengajak Nana . Nana tersipu-sipu malu . Dia juga mengangguk . "Krystal ! Jinyoung nak berpasangan dengan awak !" aku menjerit memanggil Krystal . Dia dan Jinyoung sama-sama terkejut . "Apa awak cakap Eisya ?" Krystal bertanya . Belum sempat aku menjawab , Jinyoung mencelah "Awak jangan dengar apa yang Eisya cakap tadi , Krystal . Dia main-main je." Jinyoung menjawab dengan tergagap-gagap. "Alah Jinyoung , chill lah bro . Apa salahnya kan ? Korang berdua ok apa. *angkat kening*" Sandeul datang mencelah . Semua orang menyetujui cadangan Eisya dan kata-kata Sandeul . Akhirnya , mereka berdua setuju . "Hah! Sandeul ! Kau dengan sapa ?" LJoe bertanya kepada Sandeul . "Hmm . Tia ? Boleh ?" Tia hanya mengangguk . "Jia ? Awak nak dengan siapa ? Eh ! Niel ada!" Chunji yang dari tadi diam berkata-kata . "Boleh je." Tia bersetuju . "Yahh ! Tak sabar nak tunggu malam esok ." aku berkata dengan penuh gembira.
Nana's POV
Malam ini . Malam ini . Ya , malam ini . Kenapa dengan malam ini ? Malam ini malam Prom Night ! Entah kenapa jantung aku sering berdegup kencang. Aku memakai
dress yang berwarna pink . Aku rasa aku dah cukup cantik malam ni . Ish . Nana . Kau ni perasan betul lah. Aku mengambil keputusan untuk menelefon Eisya.
"Hello. Eisya , kau dah siap ke ?"
"......."
"Hah ?! Aku pergi dengan LJoe ?! Kau biar betul ?"
"........"
"Alah . Ye la."
Aku mematikan talian telefon . Isk . Chunji dengan Eisya pergi bersama . Terpaksalah aku menelefon LJoe . Dia mengangkat.
"Jjyeah , it's me LJoe //sila bygkn suara LJoe mcm dlm lagu Beautiful Girl." - LJoe
"HAHAH . Apa lah awak ni ."-Nana
"Cool kan ? Haha. Kenapa call ?"-LJoe
"Cool gila . Pasal Prom Night la . Saya tunggu depan rumah. Awak ambil ok ?"-Nana
"Okay ! Wait for your prince charming !"-LJoe
Gelagat LJoe buat aku ketawa walaupun hanya bercakap dalam telefon . 5 minit kemudian , sebuah limosin hitam berhenti betul-betul di hadapanku . Seorang lelaki yang lengkap dengan tuxedo keluar . Aku terkedu . Byung- ByungHun ke tu ? OMG . Biar betul ? Nana ! Hilangkan gemuruh kau ! "Nana ? Jom." Suara Lee ByungHun memutuskan lamunanku . Aku mengangguk.
Sampai sahaja di sana , aku mencari kelibat Eisya . "Nana ! Comelnya kau !" Eisya memuji . "Kau lagi comel dengan pakai
dress merah tu ." aku memuji dia balik. Sedang kami berbual , tiba-tiba semua lampu terpadam . 2 minit kemudian , terdapat cahaya yang menyuluh sesuatu di atas pentas . Piano . Ya , piano . Siapa yang main piano tu ? Aku bergerak ke hadapan untuk melihat siapakah gerangan yang bermain piano itu . Alahkah terkejutnya . Lee ByungHun ! Kenapa dia xpernah cakap yang dia pandai main piano . Dia main piano mengikut lagu The Back Of My hands Brushes Against. Kemudian , lampu hidup semula dan kami melihat kumpulan Teen Top sedang berdiri di atas pentas. Mereka buat persembahan ? Wow ! Hebatnya .
"Weh Nana , aku xtau pulak yang Teen Top akan buat persembahan." Eisya berkata kepadaku . "Aku pun xtau . Dieorang nak buat kejutan kut." aku menjawab sambil tersenyum . "Sebelum kami (Teen Top) menyanyikan lagu terbaru kami iaitu Beautiful Girl , kami ingin menjemput beberapa orang . Dipersilakan Nana , Eisya , Jinyoung , Krystal , Sandeul , Tia dan juga Jia untuk ke pentas." CAP iaitu ketua Teen Top membuat pengumuman . "Nana ! Jom!" Eisya menarik lenganku. Erk . Aku dan Eisya berlari menuju ke atas pentas. Tiba-tiba , kaki kami tersangkut kepada benda yang seakan-akan sengaja diletakkan . Kami tersungkur . Semua orang terkejut dan membant kami untuk bangun . Kemudian , kami mendengar hilai tawa . Macam pontianak . "HAHAH ! Kesiannya ! Belum sempat naik atas pentas jadi permaisuri , dah jatuh tersungkur." suara tu . Suara tu . Suzy ! Urhh ! Kenapa dia ada kat sini ? Menyibuk aja . Aku dan Eisya tidak mempedulikan ejekan minah tak guna tu . Kami naik atas pentas dan sama-sama menyanyikan lagu Beautiful Girl...
Aaaa ! Akhirnya -.- . Do read and comment :)
╯Past╰ ✿ Future?