★ ℓɛ ρяιиcɛƨ' ғαиғιc ★
Official Blog FF List Credits


Will Our Love Last Forever ? - Girlfriend or Ex-girlfriend ? [3]
0 snob(s) ● Saturday, 9 June 2012 ● 02:46


Ah Ri's POV


   Sebaik sahaja loceng menandakan berakhirnya persekolahan untuk hari ni berbunyi , aku bergegas keluar dari kelas. 8 jam di sekolah ni macam 10 tahun tau tak . Ish . Bala bala -.-.

"Weh ! Ah Ri ! Relax la . Kau ni , apehal bergegas sangat ni ? Takut terlepas makanan yang dimasak oleh Mak Cik Lee ke ? Wey , yang ada kat rumah tu kau sorang je lah . Takde yang akan rembat punya." Min Hyo membebel panjang lebar. Minah ni . Memang nak kena cepuk dengan aku.

"Kau..... Aku tau lah takde siapa yang nak makan makanan tu . Ish . Saja je nak keluar dari tempat ni." aku membalas sambil langkahku semakin laju dihayunkan. (eh ? betul ke ayat aku ? lol. ayat alien -.-).

"Ah Ri ! Tunggulah ! Weh ! Myung Soo kat belakang kau !" jeritan Jung Roo menghentikan langkahku . Myung Soo ? Belakang ? Aku ? Biar ? Betul ? Tiba-tiba ada satu suara datang menyergah dari arah belakangku.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!" aku menjerit sekuat hati. Kemudian , aku jatuh terjelepok di atas tanah. Muka aku yang kemerah-merahan bertukar menjadi pucat.

"Ah Ri ! Ah Ri ! Kau okay ke ? Sorry weh !" suara itu kedengaran sayup di telingaku .Seketika kemudian , pandanganku menjadi kabur.

Kabur.

Dan akhirnya.... Gelap-gelita.

Myung Soo's POV


"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!" aku terkejut mendengar satu jeritan yang agak kuat sampai hampir terlepas kamera ditanganku. Aku segera berlari keluar. Aku melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang mengerumuni sesuatu atau seseorang. Eh ? Bukankah itu kawan-kawan minah berlagak tu ? Apa yang telah terjadi ?

"Myung Soo ! Weh ! Cuba teka apa yang terjadi ?" Sungyeol yang datang entah dari mana bertanya kepadaku.

"Apa ? Apa ?"

"Ah Ri pengsan !"

Bang !

Bagaikan ada satu pistol menembak tepat ke hatiku. Cemas ? Kenapa aku cemas ?

"Macam mana dia sekarang ?" aku segera bertanya kepada Sungyeol.

"Masih pengsan dekat situ . Kawan-kawan dia yang lapan orang tu , tak mengangkat dia ke sick bay." setelah mendengar jawapan Sungyeol , aku segera berlari menuju ke arah mereka.

"Weh ! Myung Soo ! Tunggu aku !" aku tidak menghiraukan jeritan Sungyeol.

"Hey ~ apa yang berlaku ni ?" aku bertanya mereka berlapan dengan lembut. Aku terkedu melihat muka Ah Ri yang pucat seperti mayat hidup.

"Well , seperti yang kau lihat. Ah Ri pengsan. Semua ni salah aku." Min Hyo menjawab sambil menangis teresak-esak. Mereka yang lain turut menangis.

"Dah . Korang tepi . Aku nak angkat dia pergi sick bay. Kang dah tak bernyawa siapa susah." aku mengangkat Ah Ri perlahan-lahan. Mereka berlapan mengikut jejakku pergi sick bay.

Tanpa sesiapa sedari.. Ada 7 pasang mata yang memandang kelakuan kami dari jauh....

Na Eun's POV


   Aku terdengar seseorang menjerit. Aku dan member Apink yang lain bergegas ke sana. Langkahku terhenti apabila melihat satu susuk tubuh yang amat aku kenali , mengangkat seorang budak perempuan . Junior mungkin. Biar betul ? Myung Soo ? Myung Soo ? Selama ini , aku tak pernah melihat lelaki itu melayan mana-mana pelajar junior. Apa makna semua ni ?

"Na Eun . Kau nampak tak tu ? Aku tak percaya lah apa yang aku tengok. Myung Soo mengusung seorang pelajar junior ? Sejarah ni weh." Eun Ji bersuara.

"A'ah lah Eun Ji." yang lain mengiakan.

"Hish. Korang diam je lah. Esok , aku nak berjumpa dengan minah pengsan tu . Korang teman eh." aku berkata kepada mereka semua sambil mataku tidak lepas memandang Myung Soo.

----------------

 Keesokan harinya , aku membuat perancangan untuk berjumpa dengan minah pengsan tu . Satu-satunya cara untuk berjumpa dengannya samaada waktu rehat atau pergi ke kelasnya. Aku mengambil keputusan untuk ke kelasnya.

Ding-dong. Aku menekan loceng yang berada di muka pintu . Ya, sekolah kami ada loceng. Merugikan je . Macam la tak boleh nak ketuk pintu -,-

"Ya ? Na Eun ? Ada yang boleh saya bantu ?" Mr. Eli bertanya kepadaku.

"Saya nak jumpa dengan junior yang bernama Song Ah Ri." aku cuba memaniskan muka di hadapan Mr. Eli .

"Okay . Ah Ri , sila keluar." Mr. Eli mengarahkan Song Ah Ri atau lebih dikenali sebagai Ah Ri itu keluar. Aku tersenyum senget.

"Ada apa kakak nak jumpa dengan saya ?" Ah Ri bertanya kepadaku. What ? Kakak ? Damn.

"Tak perlu panggil kakak. Panggil Na Eun je. Oh , saya hendak jumpa awak di bilik fotografi. Awak sorang sahaja. Puan Baek Jae Ah suruh saya bagi satu tugasan pada awak. Jumpa di sana waktu balik nanti." Aku tersenyum meleret. Kacang je nak uruskan benda ni.

"Okay." dia hanya menjawab sepatah tanda akur.

Ah Ri's POV


   Na Eun.. Na Eun.. Seorang perempuan yang amat cantik. Dia seperti seorang model.

"Weh , Ah Ri. Kau tau tak siapa Na Eun tu ?" Jung Roo bersuara.

"Tak , kenapa ?" aku bertanya sambil membuat mimik muka yang bersahaja.

"Na Eun atau nama penuhnya Son Na Eun , dia adalah salah seorang daripada member Apink. Kalau kau nak tau , dia tu ex-girlfriend Kim Myung Soo !" Jung Roo memang banyak pengetahuan tentang dunia artis.

Kejap...

"Weh Jung Roo . Betul ke apa yang kau cakap tu ? Na Eun ex-girlfriend Myung Soo ?"

"A'ah. Pernah ke aku menipu kau selama ni ? Sampai hati kau dah tak percaya kat aku." Jung Roo pura-pura merajuk.

"Eh , tak lah. Aku percaya. Thanks bagitau." aku tau Jung Roo hanya main-main. Isk. Ex-girlfriend ? Na Eun ada ke masa Myung Soo angkat aku pergi sick bay tu ? Dia nak marah aku ke ? Ish. Takkan lah. Kan dia kata Puan Baek Jae Ah suruh aku buat satu tugasan. Hemm..

"Ah Ri , betul ke kau nak pergi jumpa dia di bilik fotografi nanti ?" Min Hyo bertanya kepadaku.

"Ha'ah." aku menjawab sepatah.

"Okay. Aku kena tunggu kau ke ?"

"Suka hati kau lah. Aku tau kesah. Eh , dah lambat ni. Aku pergi dulu. Bye !" aku melambai kepada mereka semua.

Di bilik fotografi.


"Tok. Tok." aku mengetuk pintu bilik itu.

"Ya, masuk." satu suara dari dalam berkata-kata.

 Kenapa tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati ? Gulp. Setelah aku masuk , aku terkedu melihat 7 orang perempuan sedang memandang tepat ke arah ku . Apa ni ?

"Ah Ri , duduk." Na Eun menyuruh aku duduk. Aku akur.

"Kenapa ni ?" aku bertanya kepada mereka semua. Aku yakin , ini semua adalah ahli Apink.

"Apa hubungan awak dengan Kim Myung Soo ?" Na Eun secara tiba-tiba bertanya soalan itu kepadaku. Adakah semua yang aku takutkan itu betul ?

"Err.. Tiada hubungan apa-apa. Dia hanya mentor saya." aku menjawab tergagap-gagap.

"Tipu ! Kalau tiada hubungan kenapa dia angkat kau pergi sick bay ?! Kenapa dia terkedu apabila melihat kau buat pose semasa kelas fotografi semalam ?! Bagitau perkara sebenar !" suara Na Eun bergema di dalam bilik fotografi itu. Tiada lagi 'saya' , 'awak' .

"Betul ! Saya tak tipu. Saya tiada taste pun dengan samseng macam dia tu." aku cuba mengawal keadaan.

"Apa kau cakap ?! Samseng ?! Samseng !? Berani kau cakap yang boyfriend aku ni samseng !" Na Eun sememangnya tidak boleh mengawal kemarahannya. Hilang segala kecantikan dalam dirinya. Wait... Boyfriend ? Mereka berdua masih couple ke ? Bukan Jung Roo kata Na Eun ni ex-girlfriend Myung Soo ke ?

Myung Soo's POV.


Aku masih lagi di sekolah. Di dalam kelas.. Bersendirian. Okay , tipu. Dengan lapan orang mamat penyibuk. Ptuih. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang yang berkemungkinan sedang menengking orang lain dari bilik fototgrafi. Dengar suara pun aku dah tau tu siapa. Son Na Eun. Ex-girlfriend aku. Aku tak tahan dengan dia. Even dia cantik tapi kuat jealous , panas baran bla3.

"Weh , Myung Soo. Jom pergi tengok orang bergaduh." Minho memberikan satu idea. Yang lain kelihatan tersengih-sengih.

"Pergilah. Aku takde mood."

"Aku nampak Ah Ri menuju ke arah bilik fotografi tadi. Mungkin...." belum sempat Sungyeol menghabiskan ayatnya , aku segera meluru keluar.

"Apa kau cakap ?! Samseng ?! Samseng !? Berani kau cakap yang boyfriend aku ni samseng !" suara Na Eun jelas kedengaran. Wait.. Boyfriend ? Kenapa dengan minah ni ?

"Stop ! Son Na Eun ! Kenapa kau bagitau dia yang aku ni boyfriend kau ? Aku dengan kau dah tiada apa-apa langsung ! Aku dah tak suka kau !" member Apink dan Ah Ri tercengang melihat aku yang tiba-tiba masuk.

Ah Ri's POV


"Stop ! Son Na Eun ! Kenapa kau bagitau dia yang aku ni boyfriend kau ? Aku dengan kau dah tiada apa-apa langsung ! Aku dah tak suka kau !" Myung Soo yang datang entah dari mana tiba-tiba menjerit.

Hah ? Aku tak salah dengar ke ? OMG. Mana satu yang betul ni. Confuse lah. Ish.

"Tapi.... Tapi... Ah ! Aku tak kira ! Kau tetap milik aku ! Kalau aku tak dapat memiliki kau , tiada sesiapa boleh. Terutama perempuan murahan ni !" Na Eun menunjuk ke arah ku. What ?! Dia panggil aku perempuan murahan ?!

"Hey ! Kau tak layak panggil dia perempuan murahan ! Bukan dia perempuan murahan , tapi kau !" Myung Soo membidas kata-kata Na Eun. Sekali lagi aku tercengang.

Apa ni ? Kenapa jadi begini ? Kenapa perlu bergaduh ? Aku menggelengkan kepala. Heshh.
Aku meroyan. HAHA. Do read and comment ^^




╯Past╰Future?



Hello!


Hello, peeps. Welcome to my blog.
The owner hates Anon. Get that? :D

Do leave a tag, thankyou (: No rippers, spammers and copycats.