Kim Myung Soo - INFINITE
Song Ah Ri ( Ain )[Ulzzang] - SELF
Son Na Eun - Apink
Sampingan ( jgn amik hati . lol ) :
Park Min Hyo - Yia
Kim Yoonie - Yoon
Son Fei Ra - Fyrah
Park Eun Jo - Ana
Kim Hyun Rin - Elin
Jung Hae Rin - Nabilah
Jung Roo - Wana
Mikki - Me
INFINITES Member
APINKS Member
SHINEes Member
Ah Ri's POV
Jam locengku berdering . Damn . Ganggu je orang nak tidur . Aku mematikan alarm dan kemudiannya menyambung kembali tidurku yang terbantut. Belum sempat aku meneruskan mimpi , bunyi ketukan pintu bertalu-talu. "Ah Ri ! Bangun , sayang . Matahari dah tegak atas kepala dah ni. Bangun cepat. Ni ada surat untuk Ah Ri ni." suara Mak Cik Lee berkumandang. Matahari dah tegak ? Biar betul ? Surat ? Surat apa ? Berjuta persoalan bermain di fikiranku . Aku tidak sempat melihat jam . Aku terus membuka pintu bilikku . Mak Cik Lee tercegat di hadapan bilikku. Aku melihat di tangannya terdapat satu sampul surat.
"Nah , surat kamu. Cepat mandi. Mak cik sediakan sarapan kegemaran kamu." Surat bertukar tangan. Aku melihat satu logo di surat itu . Logo sekolah . Macam pernah tengok je . Tanpa berlengah , aku mengoyak sampul surat itu. Isi kandungan surat itu sangat mengejutkan aku.
"Tahniah Song Ah Ri . Surat tawaran yang anda hantar kepada kami telah kami luluskan. Anda diterima untuk belajar di Woolim Academy High School. Sila lapor diri secepat mungkin."
Satu surat yang ringkas . Sangat ringkas tapi penuh bermakna ! Aku menjerit kesukaan. Aku terus menghantar message kepada Min Hyo , Yoon , Fei Ra , Eun Jo , Hyun Rin , Hae Rin Jung Roo dan Mikki. 8 kawan baikku .
Jumpa dekat taman pukul 5 petang . Aku ada something nak bagitau korang :D
Aku menekan butang sent pada telefonku. Aku segera mandi dan kemudiannya turun ke bawah untuk menikmati sarapan.
Sunyi.
Ya, sunyi . Ruang tamu rumahku amat sunyi. Sekiranya ada sebatang jarum jatuh , pasti kedengaran di telinga. Aku mengeluh perlahan. Aku dah biasa dengan keadaan yang sebegini. Terlalu biasa . Sudah hampir 5 tahun. Omma dan appaku bercerai tanpa sebab yang kukuh. Aku tinggal dengan omma. Tapi , disebabkan omma tak tahan dan nak lupakan segala masalah yang berlaku , dia menyibukkan diri dengan bekerja 24 jam . Yang tinggal di rumah hanyalah aku , dan beberapa orang gaji dan tukang kebun . Oleh sebab itu , aku tak berapa rapat dengan omma. Tapi , aku tidak pernah berbuat kejam dengan orang gaji dan tukang kebunku. Malah , aku semakin rapat dengan mereka semua. Mungkin ada hikmahnya omma membuat keputusan sebegini. Satu lagi keluhan dilepaskan. Aku dah serik begini.
Ok. Cukup dengan luahan tu . Abaikan sahaja . Ianya tak penting pun . Sedar tak sedar aku sudah sampai ke meja makan . Nasib baik tak tergolek jatuh tangga tadi . Fuhh. Aku menarik kerusi dan segera makan makanan yang terhidang di atas meja.
"Hah , turun pun anak kesayangan mak cik ni . Hish . Mak cik panggil sampai nak terkeluar anak tekak." Mak Cik Lee membebel sambil menggosok lembut kepalaku. Aku hanya tersenyum memandangnya. Aku meneruskan suapanku.
"Hehe. Mianhae . Ah Ri tidur lewat semalam. Skyping dengan Min Hyo." aku segera meminta maaf. Mak Cik Lee hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan aku.
"Haa . Mak cik baru teringat . Surat apa yang Ah Ri terima tu ? Mak cik nak tau boleh ?" soalan Mak Cik Lee membuatkan mood aku yang sememangnya gembira ni , menjadi semakin gembira.
"Guess what ? Ah Ri dapat masuk Woolim Academy High School yang tersohor tu !" aku menjerit dengan sekuat hati . Semua orang gaji dan pekebunku terkejut mendegar jeritan itu.
"Kenapa ni ?" Semua orang bagaikan sepakat menanyakan soalan yang sama. Mak Cik Lee memberitahu mereka apa yang terjadi . Mereka semua mengucapkan tahniah kepadaku . Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka. Aku memeluk Mak Cik Lee dengan erat sekali.
"Petang nanti Ah Ri mesti akan berjumpa dengan kawan-kawan baik Ah Ri kan ?" Mak Cik Lee seakan-akan tau pula. Aku hanya mengangguk. Aaaa . Tak sabarnya nak bagitau mereka semua. Aku sangat berharap mereka berlapan mendapat surat tawaran yang sama.
Di taman permainan.
Aku menunggu kehadiran chingus ku . Seorang seorang datang . Akhirnya , semua kelapan-lapan chingus ku ada di sini.
"Hah , apa yang kau nak bagitau kiteorang ? Aku pun ada something nak bagitau korang." Jung Roo mencelah.
"Aku pun." serentak yang lain menjawab. Aik ? Kenapa semua ada something nak bagitau ni ? Pelik. Aku hanya tersenyum hambar.
"Okey . Kalau macam tu , kita bagitau sama-sama . Satu... Dua ... Tiga... !"
"Aku dapat tawaran ke Woolim Academy High School." suara sembilan orang remaja perempuan bersatu . Bergema satu taman .
"Biar betul ? Aaaaaaaaaaaaaaa !!!!" aku menjerit kesukaan . Kami berpeluk .
Erat.
"Betul lah ! Tak sangka kita semua dapat pergi sekolah yang sama ! Mesti ada jejaka handsome !" Min Hyo bersuara . Ish . Minah ni . Tak habis-habis dengan lelaki. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Woolim kan ? Bukankah ada satu group yang ada 7 orang lelaki kat sekolah tu ? Apa nama group tu eh . HAH ! Infinite !" Jung Roo yang sememangnya cekap dalam mengumpulkan sesuatu maklumat , tidak pernah mengecewakan kami semua.
"Infinite ? Aku kenal ! Vocalist dia handsome !" aku juga turut tidak ketinggalan menyuarakan suaraku (lol. ayat keling).
"Vocalist ? Kim Myung Soo eh ? Dia memang handsome !" Jung Roo sekali lagi menjawab. Tiba-tiba kedengaran guruh berdentum dengan kuat.
"Eh , jom balik . Kejap lagi mesti hujan . Annyeong !" Fei Ra melambaikan tangannya. Kami semua turut mengikut jejak Fei Ra . Pulang ke rumah masing-masing.
"Jumpa di Woolim ok !" Mikki bersuara. "OK !" Kami semua menjawab. Tak sabarnya nak ke sekolah tu . Kan bagus kalau dapat kenal dengan Myung Soo. Aaaa.
Di Woolim Academy High School
Kami bersembilan menaiki kereta Yoonie. Dia mempunyai kereta yang boleh dikatakan besar. Kami tiba di hadapan pintu pagar utama. Aku terkesima . Omaigod ! Besarnya sekolah ini !
"Jom masuk. Kita ke pejabat pengetua dulu." Hyun Rin bersuara. Kami berjalan seiring menuju ke pejabat pengetua. Semua mata memandang kami . Kenapa dengan mereka ? Kami cantik sangat ke ? Apa aku merepek nih. Bunyi ketukan pada pintu pejabat pengetua yang dibuat oleh Hae Rin menghentikan lamunanku. Ish . Kenapa aku kuat sangat mengelamun sekarang.
"Masuk." bunyi satu suara dari dalam . Macam suara perempuan.
"Duduk. Annyeong. Saya Puan Mi Rae. Saya pengetua di Woolim Academy High School. Kamu semua ni yang hantar surat tawaran tu kan ? Tahniah saya ucapkan." perempuan yang mungkin berusia dalam lingkungan 40-an tersenyum ke arah kami . Kami hanya mengangguk.
"Kamu semua ditempatkan di kelas 4 Excellent. Di sini ada 4 kelas . Amazing , Brilliant , Creative dan Excellent . Setiap kelas mempunyai satu mata pelajaran elektif iaitu Fashion , Modelling , Art and Photography. 4 Excellent ialan kelas Photography . Kamu akan belajar dengan senior di kelas 5 Excellent." Kami hanya diam. Tekun mendengar ucapan Puan Mi Rae. "Kamu boleh beredar ke kelas kamu sekarang . Ini jadualnya. Cepat. Kelas akan bermula lagi 20 minit." kami mengambil kertas di tangan Puan Mi Rae. Kami pun keluar dari pejabat pengetua.
"Korang pergi dulu boleh ? Aku nak buang air lah . Min Hyo . Teman aku." aku bersuara. "Okey." semua orang membalas. Sebaik sahaj aku keluar dari tandas , kami tergesa-gesa ke kelas. Kelas akan bermula lagi 13 minit. Tiba-tiba...
KEDEBUK ! Aduh ! Sakitnya kepala aku.
"Woi ! Kau takde mata ke ! Langgar orang sesuka hati ! Mata letak kat lutut ke ?!" satu suara yang kasar menegurku . Aku mengangkat muka untuk memandang siapakah gerangan yang dia langgar atau mungkin yang melanggarnya. Gulp ! Bukankah ni vocalist Infinite ? Biar betul ?! Aku baru sahaja nak tersenyum dan meminta maaf kepada lelaki itu . Tapi , mengingatkan cara dia menegur aku dengan kasar ego diriku menjadi tinggi.
"Siapa yang letak mata kat lutut ?! Kau ke aku ?!" aku menengkingnya kembali.
Myung Soo's POV
"Siapa yang letak mata kat lutut ?! Kau ke aku ?!" seorang perempuan yang agak comel di hadapanku ini menengkingku kembali . Ewah-ewah.
"Wow , nampaknya junior kita dah pandai tunjuk taring . Kau tau tak aku ni siapa ?" aku bertanya kepadanya dengan suara yang agak berlagak.
"Aku tak tahu dan aku tak ada niat pun nak tahu kau siapa ! Tepi ah !" huh ? Beraninya minah ni. Takpe . Siap kau. Hidup kau takkan gembira di sini. Aku hanya tersenyum sinis sambil bebola mataku memerhatikan gerak perempuan kasar itu sehinggalah dia hilang dari pandangan.
Kpain . Siap . Aku tahu tak best :) Do read and comment n_nv
╯Past╰ ✿ Future?