Eisya's POV
"Ye! Dia memang nak lindungi aku sebab aku ni boyfriend dia! Puas?!" Aku terkejut mendengar Jinyoung membalas sebegitu. Tapi tak apa sebab senior-senior tu dah blah . Sebelum dieorang blah , Seo Hyun sempat lagi berkata "Awas kau perempuan! Kau kami takkan lepaskan!" Gulp! Biar betul? Aku resah. Nampaknya mereka tak main-main. Alamatnya aku dalam bahaya! Jinyoung menghampiri aku "Eisya, mianhae" Aku tak marah pun kat Jinyoung , malah aku bersyukur kerana dia tidak diapa-apakan. Aku terus menjawab "Gwaenchana" . KRINGGG!!!! Loceng berbunyi menandakan persekolahan hari ini tamat. Aku balik seperti biasa dengan Nana dan Jinyoung. Sampai di pintu pagar utama , aku melihat geng Suzy tu seperti sedang berkumpul dan apabila aku melintasi mereka , mereka memandang tajam ke arah aku. Aku buat tidak endah. Walaupun hati aku sakit melihat jelingan mereka tu, aku buat bodoh je. Asal dieorang dengki ? Tade sebab? Gila -___- .
Omma datang mengambil aku. Aku melambai ke arah Nana dan Jinyoung. "Annyeong! Jumpa besok!." Dalam kereta , aku tidak banyak bercakap seperti selalu. Hanya diam melayan perasaan. "Anak omma yang comel ni ada masalah ke? Diam aje omma tengok. Tak kepoh macam selalu." Suara omma memecah kesunyian. "Ada orang mengugut Eisya omma." Aku memang selalu berkongsi cerita dengan omma. Tak nak pendam-pendam , nanti makin sakit. "Hah?! Siapa?! Dia ugut macam mana?" "Omma ingat kan kakak senior yang selalu Eisya cerita tu?" "Maksud kamu yang terlebih gedik tu ke? Apa yang dia ugut Eisya?" . Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu . "Dia marah Eisya sebab Eisya mempertahankan Jinyoung. Dia datang kelas Eisya dan bertanya betul ke ada budak baru kat sini. Jinyoung pun keluar la. Merka kata Jinyoung handsome dengan suara gedik mereka tu. Meluat kawan-kawan Eisya tengok." "Gilake senior tu? Hah, sambung2" "Memang mereka gila pon omma -- . Sandeul pun marah la kat mereka sebab buat gedik kat kelas kami. Eisya pun turut sama mencelah. Tapi, mereka memarahi Eisya pulak. Sandeul mereka tak marah pun." "Laaa , pasal tu je ke? Bodoh punye perempuan. Eisya tak payah risau la. Mesti Jinyoung akan lindungi Eisya." Balas omma sambil ketawa. Huh? Macam mana omma boleh tahu? Aku hanya tersenyum.
Jinyoung POV
Sampainya aku di rumah . Aku terus mencari appa aku. Aku ingin menceritakan kejadian tadi. Hati aku sangat sakit! "Appa!!" Tiada balasan. Sekali lagi aku menjerit "Appaaaaaaaa!!!!" . "Ye2! Appa ada kat laman belakang ni!" Akhirnya , appa aku membalas jugak Haishh. "Appa , Jinyoung nak cerita pasal kejadian kat sekolah tadi ni. Mari laa duduk sekejap =3 ." "Arasso , appa basuh tangan jap." 2 minit kemudian, appa aku datang. Tanpa disuruh , aku terus memulakan percakapan . "Appa , tadi kan masa guru-guru sedang bermesyuarat , ada kakak-kakak senior dalam 5 orang datang kelas Jinyoung . Mereka datang cari Jinyoung." "Hah?! Buad apa mereka cari Jinyoung . Macam mana mereka tahu tentang Jinyoung?" "Jinyoung pun tak pasti laa appa. Pastu , Jinyoung pergi laa dekat mereka . Salah seorang yang bernama Seo Hyun cakap Jinyoung handsome dan mereka menjerit macam orang kena histeria. -- Tiba-tiba Sandeul kawan Jinyoung menjerit suruh mereka pergi. Eisya pun turut sama mencelah ." . "Terus2? Mereka marah kat sapa?" "Mereka hanya marah kat Eisya dan memberi amaran seakan mengugut Eisya. Jinyoung sakit hati tau tak appa. Ada ke patut mereka mengugut HeartBeat Jinyoung? Geram! " . " Aishh, mereka tu dah melampau laa. Sabar la Jinyoung. Jinyoung cuba lindungi Eisya setakat mana yang Jinyoung mampu." Eh? Appa ni baca fikiran aku ke? Aku hanya diam dan naik ke bilik aku untuk melepaskan geram .
Kemudian, aku terfikir untuk mesej kat Eisya. Tanpa membuang masa, aku mengambil telefon aku dan mesej kat dia
Awak masih takut ke pasal tadi?
Selang 15 saat , telefon aku bergetar.
Sikit-sikit wakk. Kenapa? Awak risau eh? Heheh
Hahah , aku ketawa melihat balasan Eisya tu. Tau-tau je die ni
Hahah. Awak ni, macam boleh bace fikiran saya je. Ha'ah la, saya risau sangat. Awak, saya janji akan lindungi awk :)
//Ceh ! Ayat aku xD
Saya memang pembaca fikiran yang handal! xD . betul ke ni? Awak akan lindungi saya? Yahh! Gomawo :) . Ni last mesej saya untuk malam ni. Dah ngantuk . Annyeong!
Eisya , eisya. Aku tergeleng sendirian . Aku tidur dengan tenang tanpa sebarang gusar di hati. Selamat malam Eisya. Nice dream.
To be continuedd....
X de unsur jiwang pun kan? haha xDD
╯Past╰ ✿ Future?