Suzy's POV
"Sebenarnya , Eisya dan Jinyoung adalah kembar!" pengumuman yang dikatakan oleh Tiffany mengejutkan aku. "Hah?! Biar betul?!" Kami bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Betul! Aku pun terjekut mula-mula! Jadi Suzy , Eisya bukan lagi musuh kitakah?" Tiffany bertanya dalam suaranya yang tersekat-sekat. Bimbang aku mengamuk mungkin ? "Tidak , tidak. Dia masih lagi musuh kita! Kita belum mebalas dendam lagi! Perancangan kita akan tetap dilaksanakan!" aku memberi perintah. Tidak mungkin aku akan melepaskan Eisya bergitu sahaja. "Ok!" mereka menjawab serentak. Aku melihat Tiffany seperti dalam keadaan serba salah. Dia risaukan Eisyakah ? Ciss!. "Masa rehat nanti , kita laksanakan segera!" aku memberi perintah sekali lagi. Ji Ae , Seo Hyun dan Eun Hae tersenyum sinis. Hanya Tiffany sahaja yang tersenyum hambar.
KRINNGGG! Loceng waktu rehat berbunyi dengan nyaringya. Kami bergegas turun supaya dapat melaksanakan perancangan kami. "Korang bersedia. Jaga tempat masing-masing." semua orang mengangguk. Aku melihat satu susuk badan yang amat kami kenali. Ya , orangnya sudah tentulah Eisya. Dia sedang rancak berbual dengan Jinyoung dan Nana. Mereka bertiga tidak sedar akan kewujudan kami. Nampaknya seperti hari ini giliran Eisya untuk membeli makanan. Semasa Eisya sedang beratur untuk membeli makanan , di tangan Seo Hyun terdapat satu baldi yang penuh dengan air dari tandas. Seo Hyun mendekati Eisya dan..... SPLASHHHHH!! Dia menjirus satu baldi air itu ke badan Eisya. Basah kuyup badan perempuan yang perasan comel itu. Huh! Kami tersenyum sinis. Fasa 1 sudah berjaya.
Jinyoung POV
Aku sedang rancak berbual dengan Nana sambil menunggu Eisya beratur membeli makanan. Tiba-tiba SPLASHHHH! Bunyi air yang sangat kuat seperti air itu sedang menghentam badan seseorang. Kami berdua berlari ke arah orang ramai yang sedang mengelilingi seorang budak perempuan. Aku dan Nana melihat dari jauh dan kami seperti kenal akan budak itu. Setelah kami mendekati budak itu , Nana menjerit "Eisyaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Bangun Eisya! Bangun!!!" Nana menjerit sambil menangis. Aku terkejut mendegar jeritan Nana. Aku melihat Eisya terkulai di pangkuan Nana. Satu badannya basah kuyup. Aku melihat sekeliling sebelum berkata "Sandeul! Tolong panggil Pn. IU! Cepat!" aku menjerit cemas. Sandeul terkocoh-kocoh berlari memanggil guru yang bertugas.
Pn. IU datang dengan beberapa orang guru lain. Mereka membantu mengangkat Eisya ke bilik sakit. "Jinyoung , siapa yang buat begini pada Eisya." Nana bertanya sambil badannya terhenjut-henjut menahan esakan. "Entah lah. Dah dah. Jangan menangis. Eisya akan selamat." aku menenangkan Nana. "Aku takut Eisya tidak akan selamat." "Tak mungkin Nana. Dia hanya keletihan." kepalaku runsing memikirkan Eisya. "Aku rasa ini angkara senior bitch tu!" Jeritan Nana mematikan lamunanku. "Kita tidak boleh menuduh Nana." aku berkata begitu walaupun aku juga mempunyai firasat yang sama.
"Takkk! Aku yakin!! Mereka berdendam dengan Eisyaa!" tangisan Nana semakin kuat. Aku memimpin dia pergi ke bilik sakit. Walau sesiapa pun yang buat , aku janji akan melindungi adikku. Tuhan , lindungilah kami dari segala bala bencana.
Yay! Siap gakk~ nantikan adegan seterusnya. Kkekee~
╯Past╰ ✿ Future?