Selepas itu , Mr dan Mrs Park kembali ke acara hari jadi itu.
Eisya's POV
"Mana omma saya dan appa awak ni Jinyoung? Lama betul mereka berbincang." aku merengus geram. "Alahh, sabar lah. Kejap lagi mereka datang lah. Hah! Tu pon mereka!" aku melihat omma dan appa Jinyoung seperti sangat mesra seakan-akan sudah lama kenal. Apa yang mereka bincangkan? Nak tetapkan tarikh perkahwinan aku dan Jinyoung ke? Eh! Sampai ke situ pulak aku melalut. Tapi , kalau betul pun apa salahnya. Hahah. Aku tergelak sendirian. "Omma! Kenapa omma lama sangat?" . Aku bertanya setelah omma mendekatiku. "Ah? Takdelah. Saja , jumpa kawan lama." Hah? Kawan lama? Biar betik omma ni? Kenapa omma tak pernah sebut pun selama ni? Kenapa? Kenapa? Seribu satu persoalan berlegar-legar dalam kepala hotak aku yang sememangnya dah kusut ni. "Eh, Eisya pergilah ucapkan terima kasih kepada tetamu yang nak balik tu. Mengelamun pulak." Ah? Yelah --" . Lupa pulak tetamu masih ada. Ingat dah balik. "Oh, ohkayy."
#Selepas habis majlis .
"Eisya , Jinyoung. Mari sini sekejap." Ommaku dan appa Jinyoung memanggil kami. Kenapa? Memang betulkah nak tetapkan tarikh perkahwinan? Esh! Apa ni! Aku beru 16 tahun! Sedarlah Eisyaa! "Apa omma?". "Urmm, omma dan Mr.Park nak bagitau sesuatu ni. Mustahak sangat." kyaaaaa. Mustahak? Tanpa segan silu aku terus berkata "Apa omma? Nak tetapkan tarikh perkahwinan Eisya dan Jinyoung kah? Opps!" aku segera menekup mulutku. Aishh, dah terlepas cakap. Redha jela. "Eh, bukan yang tu lah Eisya. Jauh Eisya pikir, Eisya baru 16 cik adik yang comel oii." Ommaku berseloroh. "Habis? Cepat la cakap." "Macam mana omma nak cakap? Eisya ashik bertanya je." "Arasso. Eisya diam." . "Ok. Begini, sebenarnya omma dan Mr.Park terpisah sewaktu omma melahirkan kamu berdua. Omma amik Eisya dan Mr.Park amik Jinyoung. Dannn......." belum sempat omma menghabiskan ayatnya, aku dan Jinyoung serentak berkata. "Maknanya kami kembar!?" . Gulp! Biar betul?! "Ya! Korang kembar! Jinyoung lahir 5 minit awal daripada Eisya. Maknanya Jinyoung abang." . aku dan Jinyoung hanya diam tak terkata. Melihat kami berdua hanya diam, Mr.Park or should I call appa? Ahh! Dah lama aku nak ada appa. "Korang berdua kena terima dengan hati yang terbuka. Bolehkah?" . " Boleh je appa , omma. Kan adik kan?" hah? apakehal ngan Jinyoung. "Yup! Boleh3. Apa adik adik?" . "Hahah, awak kan adik saya." . "Hek eleh, lima minit awal je.". Selepas aku menuturkan ayat itu , serentak semua orang ketawa. Aku pun turut ketawa. Kami berpelukan . Aku menitiskan air mata gembira. Akhirnya , aku mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia.
╯Past╰ ✿ Future?